Hi assalamualaikum :)
Aku kat sini nak cerita pasal pengalaman aku time holiday kat Pahang . Aku stay kat sana 3 hari 2 malam . Memang pengalaman tak boleh dilupakan betul haha okay
Kat sana ada aktiviti nightwalk . Okay sampai je sana malam tu dah kena pergi teroka hutan tengok binatang pelik pelik bersama seorang pekerja yang kitorang panggil abang Din . Okay dia memang super awesome . Dia baik gila, suka buat orang happy, bodo bodo haha best ah dapat abang macam dia happy je hidup :) dan dia suka panggil aku "Ina" . Ah jarang abang2 ni panggil aku Ina haha alright .
So , aktiviti nightwalk tu , aku jumpa pelbagai binatang tetapi kebanyakannya insects lah . Antaranya, insects yang paling aku benci , lipan hawau haha besar gila triple besar lipan biasa k dah geli. Next, siput yang warna hijau di cengkerang dan badannya eh kalau tengok memang lawa ah siput tu sampai aku yang geli pun rasa tk geli haha pelik . Lain , ulat gonggok yang 4/5 kali ganda besar drpd size normal yang kita jumpa , scorpion warna biru haha kalau bawa lampu suluh UV baru boleh nampak warna badan dia sebenar dengan suluh lampu kat badan dia ok , variety of spiders , burung burung tapi burung hantu takdelah , abang tu kata kat ladang kelapa sawit je banyak hm okay and apa tah lagi banyak ah binatang pelik pelik dan musang dan kijang kawan kepada abang Din haha awesome ah . Malam tu memang penat gila jalan naik turun bukit tengok binatang pada waktu malam fuh gelap dan menakutkan hm haha k .
Keesokan hari pula dalam pukul 8.30 pagi, aku dan keluarga semua get ready untuk masuk hutan Taman Negara woooo untuk mendaki Bukit Teresik . XD sounds great right ? Jyeah great bapak ah great . Penat hawau nak mendaki sebab dia curam so kena guna banyak tenaga naik bukit around 1.2km but memang penat rasa nak nangis serious cakap weh ya Allah taknak naik lagiiii tapi sebelum naik bukit , kitorang naik jambatan tergantung a.k.a canopy walk liddat lah yang terpanjang di Asia or bumi fuhhh gayat beb haha serious talk . Alright dah sampai puncak bukit tuh rasa lega gila punya gila then kena turun balik dan kena menggunakan jalan yang sama sbb takdenya shortcut shortcut ni hahahaa lol terpaksa ah kalau mcm tu k baru adventure
Aha ! Dah rehat lepas tu semua , around pukul 2.45 petang , jyeahhh ! Rollercoaster bebeh . Yeah rollercoaster lah sangat haha aktiviti ni naik bot yang halus then time naik tu abang Din tu akan letak tangan dia kat air dan simbah kat kitorang . Highlight "none of us yang dry , semu wetttt!" haha besttttt memang best rasa nak replay je balik moments tu. Setiap kali dia nak basahkan aku , dia akan panggil "Ina!" and I was like "whut?!" dan terkenaaaa pergh takpe takpe kau tunggu abang ! Haha tapi takdepun sbb dia lagi tarel bab bab games ni .
Lepas dah main games basah kuyup bagai yang dikenali rollercoaster tu sangat haha kitorang singgah melawat perkampungan orang asli :) orang asli tu kebanyakannya semua dari Afrika tetapi diorang ni original tetap asli eh tah tapi diorang memang dari dulu tinggal kat Malaysia ah senang cerita even dia orang Afrika bagaikan and kalau tengokkan balik, abang Din ni memang macam salah seorang ahli orang asli hahah tapi dia baik , happy je hidup dia :) no internet , elektrik serious tkde elektrik tah lah time malam kan . ah I just want to stay there!!! Serious talk ~~ hmm orang asli kat sana yang budak budak lah kebanyakkannya memang susah ah nak ajak start conversations , or nak snap pict or what sbb abang Din kata semuanya pemalu tetapi tengok macam sombong haha tah lah sbb kita ni orang asing kan maybe dia takut nak bergaul hm ya
Setelah melawat orang asli tersebut , okay jum naik kapal balik !! Haha tapi kitoang semua taknak naik kapal adventure tu sbb nak swimming kat tepi sungai tu saja saja sejukkan badan sbb air dia sejuk gila kan and abang Din sempat simbah air baldi kat aku dengan again panggil nama aku lagi and aku pulak pandang haha kena ahh kan memang ahhhhhh gilaaa nak kejar tapi dia swim memang pergh laju gila sekejap dah sampai tengah dan apa je aku boleh buat kaki pun tak sampai nak swim ketengah haha dayyum sabar jela .
So ok , dah naik kapal balik , kali ini aku duduk depan sekali depan dia haha supaya tak kena air lagi sbb sebelum ni pergi memang aku duduk kat tengah and siapa duduk kat tengah memang maut ah paling banyak kena haha so I decided nak duduk depan dia supaya boleh tolong dia kenakan yang tengah and you know whut ? Aku paling banyak kena lagi eh hawau betul abang ni ah hahaha yang keluarga aku semua kenakan yang lain ah sampai hati ingatkan nak keringkan badan sebab sejuk sangat kena angin kan selepas mandi tu pergh , and time naik bot ada lah jugak masa borak dengan abang Din tu dia tunjuklah mana burung raja udang a.k.a kingfisher haha tak masuk betul nama tu ah . Ah dia baik ah . Even muka macam orang asli haha sebab dia dah bekerja kat sana selama 5 tahun and sekolah pun tak habis . Ni lah life dia kat tepu sungai bawa kapal bot pergi kampung orang asli bawa pelancong :') life dia memang enjoy . No phone , lappy or what internet bagai . Setiap malam dia akan main chess siap nak ajak fight haha memang tak ah aku nak main tak reti petang pulak memang aktiviti dia main bola ah memang susah nak skip main bola tuh addicted gila and dia memang ikut rancangan MLM haha even duduk area perkampungan pun tengok MLM okay sbb nak tengok Jozan punya pasal sbb dia peminat Jozan tapi tahun ni tkde Jozan pulak haha so dia minat Sepahtu yeah wooo :D
So , okay la lepas dah naik kapal terus tak jumpa dia lagi maybe dia busy dengan pekerjaan dia kan ingatkan nak say goodbye but tak sempat nak balik haha okay then next year hope dapat jumpa dia lagi . Idk why I feel he is so different person yang pernah aku jumpa maybe dia punya perangai yang tertarik untuk nak berkawan dengan dia :) haha hope dia have fun kat sana and selamat .. Amin .
Alrightttt , dah malas nak cakap banyak . Inilah moments aku bersama keluarga kat sana dengan abang Din hihi okay dah penat nak type so happy holiday ;'D chow
No comments:
Post a Comment